Sejarah Penubuhan Koperasi

 

 

 

Penubuhan

 

Industri ternakan lembu, kambing dan rusa di negara ini masih belum dilakukan dengan komersial lagi. Ini mungkin disebabkan oleh tanggapan masyarakat bahawa pemelihara ternakan tersebut perlukan keserasian dengan membolehkan hidup dengan baik.

 

 

 

Penternakan

 

Melalui pengalaman hampir setahun yang bermula dengan ternakan lembu, didapati ianya mendapat sambutan yang menggalakan, terutama ketika musim perayaan, ibadah akikah dan ibadah qurban. Pihak pengurusan koperasi percaya dengan strategi pemasaran serta kemampuan menguruskan kos operasi dengan effisyen, pembesaran sediada ternakan lembu dan kambing serta mengadakan ternakan rusa pasti akan mendapat pulangan yang menggalakan.

 

 

 

 

Kekeluargaan

 

Koperasi ini bermula dengan tuan pengerusi yang menjalankan usaha ternak lembu sejumlah 47-ekor secara bersendirian. Kemudian selepas itu kaum keluarga adik-beradik membeli dan mempawahkan lembu mereka untuk dibela dengan jumlah yang telah meningkat kepada 64 ekor.

 

 

 

Kesatuan

 

Idea untuk merapatkan kaum keluarga telah tercetus dengan mewujudkan satu “Group” didalam facebook dengan nama ”Anak Cucu Cicit Opah” dengan singkatan ACCO. Daripada sinilah bermulanya cadangan untuk mewujudkan koperasi keluarga. Pada 23 Mac 2012, telah diluluskan pendaftaranya koperasi keluarga dengan nama KOPERASI KELUARGA RAHMAH KAMPAR BERHAD dengan nama singkatan KKRKB dengan jumlah ahlinya seramai 102-orang yang bermodalkan RM192,600.00.